Monday 3 October 2016

Assalamualaikum... Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog kami , 
Jejaka Last Minute 2016 .
Blog kami mengisahkan tentang Zaman Penjajahan Jepun di 
Tanah Melayu..
Memperkenalkan jejaka disebalik blog ini .


Rujukan : 
Buku Pengajian Malaysia Edisi Politeknik
     hazriey-secebisilmu.blogspot.com
      cikguhistorygeography.blogspot.com
       https://cgazmantj.wordpress.com
      https://sejarahk2.wordpress.com
Coretan & bingkisan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu 








Sunday 2 October 2016

Sejarah pendudukan Jepun .
KESIMPULAN

  • Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah social,ekonomi dan politik Tanah Melayu.

  • Pengalaman hidup dibawah pemerintahan tentera Jepun telah menyumbang kepada semaraknya semangat nasionalisme Melayu.

  • Pengalaman mentadbir dibawah Jepun menyedarkan mereka supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut kemerdekaan.
Pengajaran / Iktibar daripada Penjajahan Jepun

Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah keadaan sosial , politik dan ekonomi Tanah Melayu.Pengalaman hidup di bawah pemerintahan tentera Jepun telah menyumbang kepadasemaraknya semangat nasionalisme Melayu.Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan mereka supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut kemerdekaan.

Sunday 18 September 2016

PENTADBIRAN TENTERA JEPUN


Picture
Dalam tempoh pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, iaitu selama 3 tahun 8 bulan telah meninggalkan kesan yang penting terhadap pentadbiran Tanah Melayu.

  1. Dalam bidang politik, Jepun telah menyatukan pentadbiran Tanah Melayu dengan Sumatera dengan ditadbirkan menerusi ibu pejabat mereka di Singapura. Bagi memastikan agar tidak berlaku pemberontakan sebuah lagi pasukan tentera telah dibentuk. Satu pasukan polis tentera yang dikenali sebagai ‘kempetei’ telah ditubuhkan bagi mengambil tugas polis.
  2. Sebuah mahkamah tentera ditubuhkan pada 1943 untuk membicarakan kes politik.
  3. Bagi mendapatkan sokongan rakyat, kedudukan raja-raja Melayu telah dikekalkan dan dijadikan penasihat berhubung dengan hal-ehwal agama. Mereka dijanjikan elaun sepertimana sebelum perang, walaupun bayaran tersebut tidak pernah dibuat sepenuhnya.
  4. Satu Majlis Penasihat Negeri telah ditubuhkan dengan keanggotaannya terdiri daripada wakil semua kaum. Sultan hanya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi atau penasihat kepada Residen Jepun yang menjadi pengerusi. Bagi mendapatkan sokongan penduduk Tanah Melayu, pelbagai pertubuhan kebajikan bagi kaum berlainan ditubuhkan tetapi tidak mendapat sokongan.
  5. Bagi memastikan agar Tanah Melayu terputus hubungan luar khususnya maklumat dari siaran radio pihak Berikat, Kerajaan Jepun pada Ogos 1942 telah membuat keputusan untuk mengharamkan simpanan ataupun penggunaan radio gelombang pendek. Pada September 1943, filem-filem kepunyaan musuh Jepun telah diharamkan penayangannya di Tanah Melayu. Pada Ogos 1944, muzik pihak musuh telah diharamkan daripada dimainkan atau disimpan. Pada Oktober 1944, tempat hiburan juga telah diharamkan.
  6. Bagi meraih sokongan pemerintah Siam tentera Jepun telah menyerahkan negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganukepada Kerajaan Siam.
  7. Dalam usaha untuk memastikan orang Melayu memberi sokongan kepada pemerintah Jepun, tentera Jepun telah membebaskan tahanan politik yang ditahan semasa pemerintahan British yang telah kembali menghidupkan pertubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaacob. Walaupun begitu, pihak Jepun telah mengharamkan KMM pada 1942 kerana gerakan ini mula menunjukkan sikap penentangan terhadap pemerintah Jepun.
  8. Di Tanah Melayu, Jepun telah menubuhkan Pentadbiran Tentera Pusat (Centralised Military Administration) yang diketuai oleh Gunseikan atau Presiden yang bertanggungjawab kepada Pemerintah Tertinggi Tentera (Commander in Chief) bagi angkatan tentera kawasan ketujuh di Singapura. Pentadbiran awam berjalan dengan penyeliaan tentera. Tanah Melayu telah dibahagikan kepada lapan kawasan dan tiap-tiap kawasan diketuai oleh seorang Gabenor.

KEJAYAAN TENTERA JEPUN


KEJAYAAN TENTERA JEPUN


  1. Persediaan yang rapi

    Sebelum Jepun melancarkan perang ke atas Tanah Melayu, mereka telah membuat persediaan khususnya mengumpul maklumat penting berhubung dengan kekuatan pertahanan British, angkatan dan kelengkapan peperangan. Menyedari bahawa kubu pertahanan British di Singapura agak sukar untuk dimusnahkan, tentera Jepun telah menyerang Tanah Melayu dari arah belakang, iaitu melalui Kelantan yang tidak mempunyaipertahanan yang lengkap. Ini membolehkan pergerakan tentera menjadi lebih mudah dan dalam jangka masa yang singkat Tanah Melayu telah berjaya dikuasai.
  2. Penguasaan tempat yang strategik

    Jepun juga bertindak dengan menawan padang kapal terbang yang terletak di Kota Bharu, Alor Setar dan Taiping. Penawanan tempat strategik ini menyukarkan dan melemahkan pertahanan udara British. Serangan Jepun ke atas Melayu juga dilancarkan dengan pantas dan tersusun. Jepun telah menggerakkan pasukan tentera udara, laut dan daratnya dari pangkalan mereka di Indochina dan Siam.
  3. Lumpuhnya armada laut British

    Di samping menghancurkan pertahanan udara tentera British, Jepun juga telah berjaya menenggelamkan dua buah kapal perang Inggeris, iaitu Repulse dan Princeof Wales pada 10 Disember 1941 yang sedang belayar di Laut China Selatan berhampiran Kuantan bagi menghalang konvoi Jepun yang sedang menuju ke arah Selatan. Dengan tenggelamnya dua buah kapal perang ini, Tanah Melayu terdedah kepada serangan laut oleh tentera Jepun.
  4. Keberanian tentera Jepun

    Pasukan tentera ke-25 yang diketuai oleh Leftenan Jeneral Yamashita telah datang dengan semangat hidup atau mati bagi tujuan suci mereka. Semua tentera telah diarah menyediakan wasiat mereka. Di samping itu, tentera Jepun juga telah mempunyai pengalaman berperang selama bertahun-tahun di Manchuria dan telah mendapat latihan perang untuk berperang di kawasan Tropika.
  5. Pakatan dengan kerajaan Siam

    Pendaratan Jepun di Singgora merupakan sebahagian daripada rancangan untuk memujuk atau memaksa negeri Thai supaya bekerjasama dengan Jepun. Ini telah menyebabkan suatu Persetiaan Perikatan telah ditandatangani pada 11 Disember 1941. Ini seterusnya telah membolehkan pergerakan tentera Jepun untuk memasuki Tanah Melayu menjadi semakin mudah.
  6. Semangat tentera Berikat

    Pasukan tentera Berikatyang mempertahankan Tanah Melayu terdiridaripada lapan briged askar India, dua briged askar Australia dan dua briged sukarelawan Melayu. Pasukan tentera Berikat ini, khususnya lapan briged tentera India tidak mempunyai pengalaman berperang. Bagi memastikan tentera India yang mempertahankan Tanah Melayu hilang semangat untuk berperang, tentera Jepun telah menyebarkan dakyah bahawa Jepun mempunyai hasrat untuk membebaskan Asia termasuk India daripada cengkaman jajahan kuasa Barat,termasuk India. Ini telah menyebabkan tentera India yang berperang telah berpaling tadah dan memudahkan kemaraan tentera Jepun.


Tuesday 13 September 2016

PENJAJAHAN JEPUN

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila tentera darat ke -25 menyerang Tanah Melayu pad 8 Disember 1941. Tentera Jepun melancarkan serangan amfibia (amfibious assault) di pantai utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan mula maju kebawah ke pantai timur Tanah Melayu. Ini dilakukan bersama dengan pendaratan di Pattani dan Singgora di Thailand, di mana mereka bergerak keselatan melalui jalan darat menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand untuk menyerang sebelah barat Tanah melayu. Semasa tentera Jepun menyerang Tanah Melayu, pemuda-pemuda Kesatuan melayu muda telah membantu kemaraan tentera-tentera Jepun ke Tanah melayu sepanjang tahun 1941-1942 sebagai penunjuk jalan dan juru bahasa. Pemimpin Kesatuan Melayu Muda, Ibrahim yaakob telah dilatih oleh Jepun selama enam bulan dan turut dilantik sebagai Komandan Giyuugun dengan pangkat Leftenan Kolonel. Ibrahim Yaakob telah membantu pihak Jepun dengan menubuhkan pasukan Giyuugun di Semenanjung Tanah Melayu dan di Sumatera.

PENJAJAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu merupakan satu turutan pertempuran yang singkat tetapi sengit dan merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan daripada orang putih (British) kepada pemerintah Jepun . Ini merupakan konsep baru yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran orang-orang melayu umum dan pemerintahan oleh bangsa lain selain daripada mereka yang berkulit putih  sebelum ini. Pertempuran ini membabitkan tentera negara-negara komanwel, terdiri daripada British , India dan Australia dan penduduk Melayu dari pasukan Negeri-negeri bersekutu, dengan Tentera empayar jepun bermula dari 8 Disember 1941 sehingga 31 Januari 1942 semasa Perang dunia II.